Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Perutusan YDP

Selamat datang ke Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH). MDPH  kini mempunyai tanggungjawab yang semakin besar dan lebih mencabar bagi memenuhi kehendak masyarakat.

MDPH berusaha mempertingkatkan lagi perkhidmatannya dengan sentiasa memberikan penekanan terhadap pemberian perkhidmatan yang berkualiti kepada golongan sasaran di  Pengkalan Hulu dan Klian Intan yang juga merupakan  pembayar cukai.

Mendepani transformasi dalam perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan, MDPH percaya dengan kerjasama, sokongan dan komitmen dari Ahli-Ahli Majlis dan juga warga kerja MDPH yang cemerlang akan meletakkan MDPH sebagai sebuah PBT daerah yang berkesan dan berwibawa.Pelbagai usaha bersama sedang rancak dilaksanakan dalam meningkatkan hasil MDPH terutama dalam sektor pelancongan dan pembangunan fizikal.

Akhirkata, saya sebagai Yang Dipertua MDPH  mengalu-alukan idea-idea, pandangan dan perkongsian maklumat daripada semua pihak bagi mempertingkatkan lagi pencapaian MDPH dan Portal Rasmi MDPH.

Sekian, Terima kasih

  • Utama
  • Korporat
  • Perutusan YDP
  • Majlis Daerah Pengkalan Hulu
    Wisma Kroh, Jalan Sri Adika Raja, 33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan

  • Tel: 04-477 8148 / Fax : 04-477 8735

  • urusetia[at]mdph[dot]gov[dot]my