Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Objektif, Visi & Misi

OBJEKTIF

Meningkatkan pembangunan modal insan dengan memberi penekanan dalam pembangunan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Bagi mencapai matlamat yang dirancang digariskan beberapa objektif latihan sebagaimana berikut :-

  • Mendedahkan dan membudayakan kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan Kod Etika Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

  • Menyediakan Kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu yang berkelayakan, berkebolahan dan berkompetensi dalam menjalankan tugas yang terbaik.

  • Melaksanakan latihan-latihan Pembangunan Insan dan Kerjaya secara terancang kepada kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

  • Melengkapkan pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan kebolehan dan keupayaan agar dapat menjalankan tugas dengan cepat dan menepati standard atau sasaran.

  • Memupuk budaya penambahan ilmu dan pembelajaran yang berterusan di kalangan kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

  • Memberi kefahaman dan kemahiran asas teknikal dan umum terutama kepada kakitangan lantikan baru agar didedahkan dengan perkara yang betul dan terbaik dari peringkat awal memulakan tugas

SLOGAN Q

'PERKHIDMATAN BERKUALITI PELANGGAN BERPUAS HATI'

Visi

MEMBANGUNKAN BANDAR PENGKALAN HULU SEBAGAI SEBUAH BANDAR PELANCONGAN SEMPADAN YANG MAMPAN DAN BERDAYA MAJU

Misi

  • MERANCANG DAN MENGAWAL PEMBANGUNAN SELARAS DENGAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG.
  • MERANCANG DAN MENGGALAKAN PEMBANGUNAN BANDAR DALAM AKTIVITI PERNIAGAAN
  • MEMPERTINGKATKAN MUTU KEMUDAHAN ASAS KEPADA MASYARAKAT.
  • MENYEDIAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN PRODUK PELANCONGAN YANG BERDAYA MAJU.
  • MEMASTIKAN KEBERSIHAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR KE TAHAP MAKSIMA

Falsafah

" MPT CEMERLANG SEPANJANG MASA"

  • Utama
  • Korporat
  • Objektif, Visi & Misi
  • Majlis Daerah Pengkalan Hulu
    Wisma Kroh, Jalan Sri Adika Raja, 33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan

  • Tel: 04-477 8148 / Fax : 04-477 8735

  • urusetia[at]mdph[dot]gov[dot]my