Fungsi
Fungsi Teras Majlis Daerah Pengkalan Hulu
- Memastikan pengurusan Pentadbiran dan personalia berjalan dengan kemas dan teratur serta mematuhi semua peraturan-peraturan yang ditetapkan.
- Memastikan Pengurusan Kewangan Majlis adalah terkawal dan diuruskan dengan cekap, benar dan sistematik mengikut Tatacara Kewangan, Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Piawaian Prinsip-prinsip Perakaunan yang ditetapkan.
- Menyumbangkan hasil utama Majlis Daerah Pengkalan Hulu sehingga 15% daripada keseluruhan hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu adalah daripada Cukai Taksiran Am.
- Mempertingkatkan kawalan kesihatan awam, kebersihan Bandar dan hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
- Memastikan perancangan pembangunan bandar yang teratur dan memenuhi keperluan perbandaran.
Objektif & Fungsi Bahagian:
Objektif:
Memastikan pengurusan Pentadbiran dan personalia berjalan dengan kemas dan teratur serta mematuhi semua peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Fungsi Unit Perkhidmatan dan Sumber Manusia :
- Menguruskan dokumen untuk persaraan kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu;
- Menyediakan penyata perubahan gaji tahunan;
- Menjaga, merekod dan mengemaskini Buku Perkhidmatan;
- Menguruskan pengesahan dalam jawatan;
- Membantu menguruskan penyelenggaraan mesin photostat, copy printer dan lain-lain;
- Menguruskan penghantaran surat-surat dan kad jemputan Majlis;
- Menguruskan penerimaan surat-surat / surat berdaftar;
- Menguruskan penyewaan Dewan dan padang kepunyaan Majlis; dan
- Menguruskan fail-fail mesyuarat untuk Yang DiPertua dan Setiausaha
Fungsi Unit Pentadbiran Am:
- Menguruskan permohonan pengewujudan / pemansuhan / penarafan semula jawatan;
- Menguruskan pelantikan anggota-anggota baru Majlis;
- Menguruskan permohonan cuti bagi anggota-anggota Majlis;
- Menguruskan Mesyuarat Lembaga Tatatertib;
- Menguruskan upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis;
- Menjaga keselamatan pejabat dan Majlis;
- Mempastikan perkhidmatan kaunter yang cekap, mesra dan adil;
- Pengawalan dan penyelenggaraan alat-alat kelengkapan pejabat, kenderaan dan semua harta Majlis;
- Menerima dan menangani aduan awam;
- Menguruskan permohonan peperiksaan perkhidmatan;
- Menguruskan perlanjutan tempoh percubaan;
- Menguruskan permohonan Kursus Transformasi Minda(PTM); dan
- Menguruskan permohonan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti Tanpa Rekod, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji
Objektif:
Memastikan Pengurusan Kewangan Majlis adalah terkawal dan diuruskan dengan cekap, benar dan sistematik mengikut Tatacara Kewangan, Arahan Perbendaharaan, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Piawaian Prinsip-prinsip Perakaunan yang ditetapkan.
Fungsi Unit Akaun:
- Menyediakan bajet tahunan;
- Mengurus dan mengawal peruntukan;
- Menyelenggara rekod & menyediakan laporan perbelanjaan;
- Menyelenggara akaun amanah/vot/hasil/deposit;
- Mengurus berkaitan pinjaman kenderaan;
- Mengurus keselamatan peti besi atau bilik kebal;
- Mengurus & memantau akaun-akaun bank;
- Menyelenggara buku daftar dokumen kewangan; dan
- Menyelia & mengagihkan laporan kewangan & perakaunan
Fungsi Unit Kewangan
- Mengurus semua jenis panjar;
- Mengurus hal ehwal bayaran gaji, elaun kwsp & lain-lain potongan anggota;
- Menyediakan peruntukan tambahan & viremen;
- Menerima dan memproses borang perubahan gaji dan baucer-baucer;
- Mengurus semua jenis bayaran;
- Menyedia dan memproses borang pengujudan akaun bayaran pukal;
- Menyelenggara daftar bil termasuk rekod pembatalan cek.
Fungsi Unit Aset
- Mengurus Perlaksanaan Sistem Pengurusan Aset bagi mengurus, memantau dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan:
- Menguruskan Aset Alih meliputi urusan;- Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pelupusan Kehilangan & Hapuskira Peng. Stor; dan
- Menguruskan hal-hal berkaitan pembelian alat-alat tulis dan buku-buku.
Fungsi Unit Landskap
- Mengurus pengebilan semua jenis terimaan wang awam;
- Menerima semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi kerajaan;
- Mengumpul dan menyerahkan terimaan wang awam serta salinan dokumen/laporan terimaan kepada anggota yang bertanggungjawab;
- Menyelenggara buku tunai cerakinan;
- Menyediakan dan mengemukakan laporan kira-kira wang tunai bulanan.
Objektif :
Memastikan sehingga 15% daripada keseluruhan sumbangan hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu datang daripada Cukai Taksiran Am. Mengemas kini sistem dan prosedur penilaian dan memastikan pentadbiran penilaian berjalan dengan berkesan dan teratur.
Fungsi Unit Penilaian dan Kadaran
- Melaksanakan Kerja-Kerja Ukurperiksa Hartanah Untuk Nilaian Tahunan Dan Pengenaan Cukai Taksiran Bagi Harta Baru Dan Pindaan.
- Menjalankan Siasatan Bagi Kes-Kes Ketinggalan Dan Bangunan Runtuh.
- Menjalankan Siasatan Dan Menyediakan Maklumbalas Bantahan.
- Menyediakan Maklumat Untuk Penyediaan Kertas Kerja Mesyuarat Dan Laporan.
- Membuat Siasatan Kes Bagi Elaun Kekosongan.
- Pembersihan Data Bagi Akaun-Akaun Yang Bermasalah Dari Unit Tunggakan.
- Pengesahan cukai Taksiran.
Fungsi Unit Pentadbiran dan Pengurusan
- Membantu Mengurus Surat-Menyurat, Pelbagai Pelan (Harta Baru, Pindaan, Tanah Kosong, Sijil Layak Menduduki, Sijil Kesiapan Kerja, Permit, Pengasingan Fasa, Penamaan Taman & Nama Jalan, Menara Telekomunikasi, Pencawang Tnb). Merekod Pergerakan Aset Alih Milik Kerajaan Serta Menyelenggara Fail.
- Menyediakan Notis Penilaian Harta Baru Untuk Harta Baru, Pindaan Dan Tanah Kosong Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja Selepas Ditetapkan Penilaian.
- Membantu Menyediakan Sumbangan Membantu Kadar (Smk) Persekutuan, Negeri Dan Badan-Badan Berkanun.
- Membantu Proses Kerja Penetapan Kadar Cukai Taksiran.
- Membantu Sebagai Urusetia Mesy JK Bantahan Cukai Taksiran Dan Mesy Bulanan.
Fungsi Unit Pengurusan Harta
- Merekod, memproses Borang Permohonan Penyewaan dan menyediakan senarai permohonan sewa bagi proses temuduga dan surat menyurat yang berkaitan.
- Menguruskan penyewaan bagi harta sewa Majlis ( tawaran, pembatalan dan hal-hal semasa).
- Memproses, mencetak dan memastikan bil sewaan dikeluarkan pada minggu pertama setiap bulan.
- Mengeluarkan notis peringatan, notis mengosongkan premis dan notis pembatalan sewa.
- Menyediakan kertas kerja berkaitan untukmesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengurusan Harta.
- Menyediakan penyata bulanan kutipan sewa dan tunggakan sewa serta penyata penyesuaian tahunan penyewaan.
- Menyediakan penyata meter air tahunan.
- Menyediakan surat pengambilan cagaran dan pelarasan cagaran dengan tunggakan.
Fungsi Unit Pesuruhjaya Bangunan(COB)
- Membantu Menyelaras Urusan Pemfailan Jadual Petak Bagi Setiap Kawasan Pemajuan Strata Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.
- Membantu Menyelaras Pemfailan Penguntukan Unit Syer Bagi Pemajuan Yang Belum Ditetapkan Unit Syer Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.
- Menerima Dan Mengurus Aduan Dari Pemilik Petak Dan Pengurusan Strata Dalam Tempoh 5 Hari Bekerja.
Objektif:
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap serta bertanggungjawab dalam mengawal selia perkhidmatan bandaran dan memberi kepuasan pelanggan dan penduduk;
- Menyediakan Bandar Pengkalan Hulu yang bersih, indah dan teratur;
- Menentukan kualiti kebersihan awam terpelihara dari semua aspek;
- Mempertingkatkan pengawasan serta kawalan ke atas tred dan premis perniagaan terhadap kebersihan dan keselesaan pelanggan;
- Meningkatkan hasil Majlis melalui bayaran lesen; dan
- Memberi kesedaran kepada orang awam / pelanggan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan
Fungsi Unit Pelesenan:
- Mengurus dan memproses permohonan baharu pelbagai jenis lesen perniagaan, pembaharuan lesen dan pembatalan lesen perniagaan.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dan kawalan pelesenan.
- Menyelia pelbagai pembaharuan lesen premis perniagaan.
- Menjalankan pemeriksaan premis perniagaan dan premis makanan bagi tujuan permohonan lesen atau pembaharuan lesen.
- Memperakukan permohonan pembatalan lesen.
- Menyelaras dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dan kawalan pelesenan.
- Menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pengiklanan, Penjaja Kecil dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Fungsi Unit Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar
- Mengawal selia aktiviti kawalan pencegahan vektor dan penyakit berjangkit.
- Menjalankan pengreddan premis makanan dan mengawalselia penarafan bintang tandas awam.
- Menyelaras program dan aktiviti kebersihan dan promosi kesihatan.
- Mengatur dan menyelaras tugas-tugas kakitangan Bahagian Perkhidmatan Bandar.
- Memantau kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti pemotongan rumput, sapuan jalan, pembersihan longkang, pembersihan tandas awam dan lain-lain pembersihan awam.
- Memantau tahap kebersihan kawasan operasi Majlis daerah Pengkalan Hulu.
- Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan awam yang berkaitan dengan jabatan.
- Mengurus dan menyelenggara Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
- Merancang dan mengawalselia pengurusan stor dan kelengkapan kakitangan.
Objektif:
Memastikan perancangan pembangunan bandar yang teratur dan emenuhi keperluan perbandaran.
Fungsi Unit Perancang:
- Bertanggungjawab menguruskan program-program pelancongan dan Local Agenda 21 di bawah Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
- Menyediakan kertas kerja dan mengemukakan permohonan peruntukan yang telah digariskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi setiap program pembangunan di bawah Majlis Daerah Pengkalan Hulu merangkumi aktiviti pelancongan, sosial, eknomi dan fizikal.
- Menguatkuasakan peraturan-peraturan di dalam Akta Kerajaan Tempatan(Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Parit, Jalan Dan Bangunan(Akta 133), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, Garis Panduan Kabinet/Kementerian dan lain-lain yang telah diterima pakai oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
- Bertanggungjawab dalam menyelaras dan menyediakan pelan-pelan perancangan dan rancangan pemajuan sama ada Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas bagi menentukan Pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Memproses permohonan Kebenaran Merancang dan pelan-pelan berkaitan.
- Membuat kawalan perancangan dan pemantauan bagi kerja-kerja pembangunan yang tidak mendapat kelulusan atau tidak mengikut pelan yang telah diluluskan.
- Menguruskan permohonan tanah untuk Majlis, memberi ulasan terhadap permohonan tanah kerajaan.
- Memastikan perlaksanaan aktiviti pembangunan merujuk kepada Rancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2030, Rancangan Struktur Negeri Perak dan Garis-garis panduan perancangan bersesuaian yang dikeluarkan oleh Plan Malaysia Semenanjung Malaysia dan telah di terima pakai oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Fungsi Unit Landskap
- Mengurus Landskap Bandar dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu merangkumi penanaman, penyelenggaraan, penyiraman dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan landskap.
- Menyediakan pelan cadangan landskap di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
- Menguruskan persiapan/hiasan/landskap dan lain-lain untuk acara rasmi di peringkat jabatan, daerah dan lain-lain.
- Merekod Aset Hidup Tumbuhan di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
- Melaksana dan menyelenggara kemudahan-kemudahan riadah/rekreasi serta landskap.
- Melaksana dan menguruskan apa-apa tindakan penguatkuasaan yang berkaitan dengan taman dan kemudahan riadah/rekreasi.
Fungsi Unit MARRIS
- Menyediakan dan mengemaskinikan surat-surat serta fail yang berkaitan unit MARRIS.
- Membuka dan mengemaskini, merekod fail serta mendaftar fail.
- Menyediakan laporan kemajuan MARRIS ke Pejabat Kewangan Negeri.
- Merekodkan dan memasukkan surat Jabatan Kejuruteraan.
- Menyediakan surat dan laporan dihantar kepada jabatan-jabatan yang berkaitan.
- Kerja-kerja mengawal pergerakan fail Jabatan Kejuruteraan.
- Kerja-kerja mengemaskini, merekod, mengawal dan membuat laporan terhadap perbelanjaan Peruntukkan MARRIS.
- Membantu Penolong Jurutera membuat kerja-kerja mengeluarkan surat maklumbalas dan laporan kepada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia dan lain-lain
- Menyediakan laporan bulanan perbelanjaan MARRIS.
- Menyemak penyata MARRIS yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Negeri.
- Mengemaskini senarai kontraktor yang berdaftar.
- Menyediakan memo dan surat kepada Bahagian One Stop Centre bagi menjawab ulasan serta kelulusan berkaitan pelan kerja tanah, pelan jalan dan perparitan, pelan bangunan, pelan struktur, pelan lampu jalan, pelan nama jalan serta Sijil Layak Menduduki.
- Menyediakan dokumen dan memproses baucer bayaran untuk kerja-kerja tender, sebutharga, pembelian dan perkhidmatan.
Fungsi Unit Kejuruteraan
- Merancang sesuatu projek pembangunan di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu samada projek membina baru mahupun projek naiktaraf sesuatu premis dan penyelenggaraan kemudahan awam serta infrastruktur.
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan keatas premis-premis milik Majlis Daerah Pengkalan Hulu melalui peruntukan BP.1 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ) P.05 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ) dan peruntukan pihak Majlis sendiri.
- Membuat pemeriksaan dan ujian keatas infrastruktur baru (jalan dan longkang ) bagi skim perumahan dan lot perniagaan supaya mematuhi kriteria yang ditetapkan.
- Mendaftar jalan-jalan baru didalam kawasan operasi Majlis Daerah Pengkalan Hulu dibawah sistem MARRIS.
- Merancang dan melaksanakan semua projek pembangunan di kawasan majlis untuk kesejahteraan dan pembangunan sosio–ekomomi penduduk tempatan.
- Memastikan semua pembangunan yang dilaksanakan mengikut dasar-dasar semasa yang ditetapkan oleh kerajaan.
Fungsi Unit Bangunan dan Pengurusan
- Bertanggungjawab kepada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ketua Bahagian.
- Menyediakan dan mengemaskini surat-surat serta fail yang berkaitan dengan Jabatan Kejuruteraan.
- Menyediakan dan mengemaskinikan rekod fail serta mendaftar projek kejuruteraan.
- Menyediakan dokumen dan memproses baucer bayaran untuk kerja-kerja tender, sebutharga, pembelian dan perkhidmatan.
- Mengurus dan membuat tempahan, surat tawaran kontrak, inden kerja, pesanan dan arahan kerajaan dan laporan penilaian tender atau sebutharga berkaitan.
- Membuat salinan waran-waran dan mendaftar peruntukan pembangunan serta mesyuarat tindakan daerah dan bahagian kewangan majlis.
- Menyediakan laporan kemajuan fizikal dan kewangan projek pembangunan serta mesyuarat tindakan daerah dan bahagian kewangan Majlis.
- Membuka fail berdasarkan waran yang diterima Persekutuan Negeri.
- Memasukkan surat Jabatan pembangunan kepada fail yang berkaitan.
- Menyediakan laporan untuk dihantar dihantar kepada jabatan-jabatan yang berkaitan.
- Membantu Penolong Jurutera menyediakan perincian dan menaip perincian kerja untuk sebutharga, tender dan projek kecil.
- Membantu Penolong Jurutera mengemaskini kad legar projek bagi kerja-kerja yang melibatkan asset Majlis.
Fungsi Unit Pusat Setempat:
- Menerima & menyemak permohonan cadangan pemajuan(Permohonan Pembangunan Tanah, Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan & Pelan Sokongan;
- Mengedar cadangan pemajuan kepada agensi teknikal untuk ulasan;
- Memantau permohonan-permohonan yang telah diedar kepada agensi teknikal untun ulasan;
- Mendapatkan maklum balas daripada agensi teknikal sekiranya terdapat isu&masalah;
- Mengurusetiakan mesyuarat 1 kali sebulan;
- Menyelaras dan mengedarkan kertas perakuan terhadap cadangan pemajuan untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat Setempat;
- Memaklumkan kepada Mesyuarat Pusat Setempat terhadap cadangan pemajuan yang telah diterima;
- Menyediakan kertas makluman kelulusan untuk dibawa ke Mesyuarat Majlis Penuh PBT;
- Menyedia dan mengedarkan keputusan Pusat Setempat kepada pemohon;
- Menyediakan laporan rekod-rekod permohonan;
- Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit serta pelan-pelan berkaitan cadangan pemajuan;
- Memantau permohonan diproses dan dikeluarkan keputusan mengikut piagam pelanggan;
- Menyeragamkan prosedur dan menyelaras proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan undang-undang sedia ada;
- Menerima dan memproses semua jenis permohonan pembangunan;
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat 2 kali sebulan bagi menimbang dan membuat keputusan bagi semua permohonan pembangunan yang dikemukakan;
- Menyediakan laporan berkala permohonan dan memaklumkan keputusan permohonan yang telah dikemukakan kepada Mesyuarat Penuh Majlis, Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
- Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan infrastruktur, pelan utiliti dan CCC, pelan landskap serta permohonan pembangunan tanah di bawah peruntukan Seksyen 124A dan 204D KTN dengan merujuk senarai semak permohonan;
- Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
- Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan diberi ulasan serta pandangan;
- Memantau permohonan-permohonan yang telah diedar kepada jabatan teknikal;
- Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima;
- Mendapatkan maklumbalas lanjut daripada jabatan teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah;
- Mengedarkan keputusan Jawatankuasa Pusat Setempat terhadap kelulusan cadangan pemajuan kepada pentadbir Tanah, meliputi permohonan pemajuan tanah di bawah seksyen 124A dan 204A Kanun Tanah Negara;
- Bertindak sebagai urusetia mesyuarat yang menetapkan tarikh, memastikan mesyuarat diadakan dua kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat serta maklum balas untuk edaran; dan
- Mengumpul kertas perakuan untuk diangkat ke Mesyuarat Majlis Penuh.
Fungsi Unit Kawalan Lesen dan Permit
- Melaksanakan tugas pemeriksaan lesen Perniagaan dan penjaja.
- Menjalankan Siasatan dan mengeluarkan kompaun dibawah undang-undang kecil perniagaan.
- Mengawal pemasangan kain rentang, banting, sepanduk, banner, streamer dan papan tanda tanpa permit.
- Menjalankan operasi pemeriksaan lesen papan iklan premis perniagaan.
- Memastikan setiap bentuk dan aktiviti perniagaan mempunyai lesen yang sah dan memastikan tiada apa-apa halangan dikaki lima premis.
- Memastikan semua penjaja di dalam kawasan Majlis mempunyai lesen dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Menjalankan penguatkuasaan mengikut peruntukan kuasa yang diberikan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171), Akta Jalan Parit dan Bangunan dan undang-undang kecil Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Fungsi Unit Pentadbiran dan Pengurusan:
- Membantu mengurus surat-mesyuarat, merekod pergerakan aset, menyelenggara fail.
- Menyediakan Notis Penguatkuasaan.
- Menerima aduan awam dan memberi maklum balas kepada pengadu.
- Merekod segala notis dan kompaun yang dikeluarkan.
- Membantu tugas pengurusan dan pentadbiran seperti pengurusan aset.
Fungsi Unit Kawalan Pembangunan dan Keselamatan
- Memantau pertumbuhan bangunan haram dan pembinaan tanpa kebenaran.
- Memantau, mengawal dan menghapuskan pembuangan sampah haram.
- Menjalankan operasi haiwan berkeliaran dan operasi anjing liar.
- Memastikan semua harta pelanggan yang disita disimpan dengan selamat dan sempurna.
- Melaksanakan operasi bersama dengan jabatan lain.
- Melakukan siasatan serta tindakan terhadap aduan.
- Menjalankan penguatkuasaan mengikut peruntukan kuasa yang diberikan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976(akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan undang-undang kecil Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Fungsi Unit Undang-Undang dan Integriti:
- Merangka undang-undang bagi kegunaan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
- Menasihati ketua-ketua jabatan dalaman Majlis.
- Menyemak perjanjian besar bagi Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
- Mengeluarkan notis dan kompaun bagi kesalahan yang berkaitan.
- Menyediakan dokumen bagi kes mahkamah.
- Memantau isu-isu berkaitan dengan integriti.
- Merangka program bagi unit integriti
Fungsi Unit Teknologi Maklumat
- Merancang, melaksanakan dan memantau sistem e-PBT di peringkat di Pihak Berkuasa Tempatan.
- Menyediakan laporan berkala mengenai kemajuan dan permasalahan perlaksanaan e-PBT kepada :
- Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Kerajaan Tempatan SUK
- Setiausaha dan Yang Di Pertua / Datuk Bandar
- Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT - Menjaga dan memantau Sistem e-PBT di PBT beroperasi dengan baik, melaksanakan prosedur backup data secara berkala.
- Memastikan rangkaian Sistem e-PBT di PBT beroperasi dengan baik.
- Mengenal pasti masalah pelaksanaan sistem e-PBT dan memaklumkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu di peringkat Negeri.
- Menjadi urusetia Jawatankuasa Kerja di PBT.
- Merancang program program latihan penggunaan e-PBT di PBT supaya program latihan penggunaan sistem e-PBT adalah berterusan.
- Menyelia penyelenggaraan peralatan ICT sistem e-PBT
- Memberi latihan asas dan khidmat nasihat berkaitan e-PBT kepada semua pengguna
- Membantu Ketua dan Pegawai OSC dalam pelaksanaan portal OSC di PBT.