Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu

MAJLIS PENYAMPAIAN PENSIJILAN ISO 45001 : 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN PENSIJILAN ISO 45001 : 2018
17 Mac 2023 – Majlis Perbandaran Taiping menerima pensijilan ISO 45001 : 2018 Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja oleh Ketua Pegawai Eksekutif, National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Certification Sdn Bhd, YBrs. Tuan Syamsul Zahrin Zainudin di Novotel Taiping.
Tujuan utama pensijilan ini adalah melancar dan memotivasikan kesemua warga kerja MPT untuk melaksanakan prinsip pengurusan dan kaedah yang menjamin penambahbaikan yang berterusan dalam pencapaian Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP). Selain itu, ianya bertujuan menwujudkan satu panduan yang mengintegrasikan elemen-eleman KKP sebagai sebahagian daripada dasar pengurusan MPT serta melindungi kesemua warga kerja daripada sebarang bahaya dan mencegah kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan.
Terdahulu, MPT telah menjalani dua sesi pengauditan yang dilaksanakan oleh NIOSH. Pengauditan Stage 1 telah berlangsung pada 16 hingga 17 Januari 2023 yang memfokuskan kepada penyediaan dokumentasi manakala pengauditan Stage 2 pula telah dijalankan pada 20 hingga 21 Februari 2023 melibatkan 2 orang panel auditor daripada NIOSH iaitu Encik Hasnan Jamaluddin dan Encik Shahrul Neezam Azahar. Bagi pengauditan Stage 2, tumpuan atau fokus pengauditan adalah lebih kepada pelaksanaan sistem pengurusan yang telah dibangunkan.
  • Utama
  • Informasi
  • ISO 45001:2018
  • Majlis Daerah Pengkalan Hulu
    Wisma Kroh, Jalan Sri Adika Raja, 33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan

  • Tel: 04-477 8148 / Fax : 04-477 8735

  • urusetia[at]mdph[dot]gov[dot]my