Adalah dipelawa kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini untuk berdaftar dengan Majlis Daerah Pengkalan Hulu JANUARI hingga JUN pada tahun semasa.
| BIL | PERKARA | KELAS | HARGA |
|---|---|---|---|
| 1. | PENDAFTARAN KONTRAKTOR | GRED G1 | RM 50.00 |
| GRED G2 | RM 75.00 | ||
| GRED G3 | RM 100.00 | ||
| GRED G4 / G5 | RM 150.00 | ||
| GRED G6 / G7 | RM 250.00 |
Untuk maksud ini kontraktor-kontraktor yang ingin membuat pendaftaran DIWAJIBKAN membawa:
Pendaftaran boleh dibuat jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan pada hari jumaat jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang semasa waktu pejabat di kaunter Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Bayaran bagi pendaftaran tersebut hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Pembayaran atas talian sahaja.
Sebarang rayuan untuk mendaftar selepas daripada tempoh tersebut tidak akan dilayan.
Hanya kontraktor yang berdaftar sahaja akan diberikan pertimbangan ke atas pemberian kerja-kerja sebut harga dan kerja-kerja kecil yang dikeluarkan oleh majlis.
Sebarang permohonan yang tidak mengikut kriteria yang dikehendaki / tidak lengkap akan mengakibatkan pendaftaran tuan/puan akan ditolak.