MENU

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic telah beroperasi sejak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak. Syarikat perlombongan ini menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah batuan keras yang terbesar di Malaysia. Apa yang menjadikan perlombongan Rahman Hydraulic ini berbeza dari perlombongan bijih timah lain adalah ia menggunakan pam hydraulic untuk menyedut bijih timah masuk ke dalam palong.

Kini, lombong bijih timah Rahman Hydraulic masih lagi menjalankan operasi sebagai lombong terbuka. Menariknya, ia telah dijadikan sebagai tempat pendidikan untuk generasi masa kini dan masa hadapan selain sebagai sebuah tarikan pelancongan.

 

 

  [Kembali]